SELAMAT DATANG

Tuesday, May 21, 2013

TUKAR




Ada barang yang mempunyai waranti. Ada juga barang yang tidak mempunyai waranti. Ada barang yang warantinya sebulan. Ada juga barang yang warantinya setahun. 

Thumbdrive saya, warantinya 5 tahun. Tetapi, belum sampai dua tahun ia sudah hilang. Manakala thumbdrive kawan saya pula masih ada, warantinya juga 5 tahun. Tetapi resitnya pula sudah hilang. Waranti itu tidak menjamin barang yang hilang akan dikembalikan.

Saya juga pernah mendengar khabar, ada barang yang warantinya sepanjang hayat. Ia adalah kasut. Benar atau tidak, tidaklah saya tahu.

Barang yang rosak, jika ada waranti dan masih di dalam tempoh, perlulah ditukar. Jika tidak ada waranti dan sudah terlalu lama digunakan memang susah hendak menukarnya dengan yang baru. Sebab itulah kita susah hendak tukar. Waranti tiada, masanya juga sudah terlalu lama.

Tetapi, sebulan yang lepas saya ada membeli cerek letrik. Jenamanya iSonic, harganya RM39.90 sahaja. Ditakdirkan tuhan, ia rosak dalam tempoh waranti. Saya pun pergi ke tempat saya membeli cerek itu untuk ditukar dengan cerek yang baru. Amat malang bila cerek itu terlalu laku. Habis stoknya di tempat itu. Saya ditawarkan mengambil apa-apa jenama yang lain asal sama harganya, namun tiada. Sudahnya, saya mengambil yang berharga RM79.90, dan perlu menambah lagi RM20.00.

Tidak mengapalah, yang penting tempoh warantinya bermula dari tarikh ia ditukar-beli. Sekarang, saya sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru. Sambil menunggu air mendidih, saya tulis kisah bagaimana saya mendapatkan cerek itu.

Sekian...

2 comments:

  1. Walaupon ada lifetime warranty, tapi biasanya warranty tu bermaksud, dia akan replace kalau kerosakkan dari kilang, bukan rosak disebabkan end user.

    Contoh kalau pendrive tu masuk longkang. Saya rasa takde kompeni yang baik hati nak ganti yang baru. Kalau nak ganti rugi gak, kene ambil insurans lah jawabnya.

    Tapi masalahnya, bukan sebab nak ganti dapat baru. Tapi isi dalamnya (file2 dalam pendrive) tu kalau hilang.. camno tu.. huhu

    ReplyDelete
  2. harap cerek tu tak rosak.

    Waranti tak menjamin... hummm

    ReplyDelete